ASSaLAmUAiKuMM.....

salam ukhuwah dihulur mendahului diriku...
ahlan wasahlan ya sahabat....
pelabuhan sauh tintaku di laman ini membawa seribu satu makna yang mendalam bagi hidup ku..
memberi sejuta satu erti dalam perjalananku menujuNya..
pencarian sebutir permata hitam di dasar laut keimanan akan ku teruskan,... walau ape pon yang akan aku tempuhi... akanku gigihkan jua demi cintaMu..... insyallah..

=.=

Sunday, November 4, 2012

Sepi menyepi

Assalamualaikum..
Dah lama agaknya diri menyepi dari jadi sang penulis di medan maya ni.. Rindu jugak nk men'scribble' contengan2 idea di sini.. Tapi, hurmmm ketiadaan rasa menghalang. Apapon, buat adik2 diluar sana, kaklong ucapkan selamat maju jayaa untuk SPM yang start hari ni.. :) rabbi yassie wala tuassir bil khair..

Monday, August 27, 2012

inginkU

ingin ku menyusun langkahanku untuk berlari kesana tanpa perlu menoleh ke belakang..
inginku lari bersembunyi disebalik batu-batuan teguh menutupi segala resah
ingin ku sorokkan wajah ini dibawah sehelai baldu menyembunyikan hambar dukaku
inginku pasakkan kaki ke bumi dgn pasak konkrit yang utuh agar aku mampu terus menerus berdiri, berdiri, dan berdiri tanpa perlu rebah tersungkur menyembah bumi...

Wednesday, June 13, 2012

sekali lagi

sekali lagi aku gagal.
gagal. gagal.
gagal.
dan gagal..
aku rebah tersungkur.
jatuh terjelepuk
buat ke sekian kalinya..



ya Allah, tolong ayein tolong ayein ya Allah.

Tuesday, June 12, 2012

of ujian and me.

bila dan ketika
sakit itu datang menjengah diri,
pelbagai  rasa bercmpur baur..
mahu mencurahkn segala air jernih dikantung mata
mahu luahkan sebak didada.
mahu mengadu pada yang sudi
sesekali, terbayang wajah tua yang sentiasa disisi
tidak pernah jemu melayan kerenah diri
suapannya, usapannya, kata2nya..
mampu menyembuhkan segala rasa.
mookk..
kaklong nok mok.
kaklong nok mok..
:( :( :( :( :(

-YA ALLAH, BERIKAN AKU KEKUATAN, BERIKAN AKU KESABARAN AGAR MAMPU BERTAHAN. INSYAALLAH. AMIN-




p/s: second day of vomiting and eat nothing.

Saturday, May 26, 2012

of feelings and the dates

saya takut. saya berdebar. saya gerun. saya malu. saya cuak dan saya rasa seperti mahu menangis. ya Allah, perasaan apakah ini? Allahuakbar.
i just don't know what's happening now. the heart's beating so fast and the day's approaching.

--Ya Allah berikan ayein ketenangan itu dan Semoga ianya berjalan lancar. amin. insyaAllah.--

Monday, May 7, 2012

dan Rasa itu

pusing kanan.. pusing kiri..
perasaan kecewa itu datang lagi..
aku kecewa dengan diri sendiri.
Sungguh! aku kecewa.
kecewa dengan diri yang hanya mampu melihat tanpa rela.
kecewa bila aku hanya mampu membenci dalam diam
kecewa bila aku hanya mampu memandang tanpa sebarang tindakan.
aku kecewa bila aku gagal pikul tanggungjawab sebagai seorang kakak.
aku kecewa bila mereka berpeleseran begitu
aku kecewa
kecewa...
kecewa
dan kecewa.........

kecewa yang teramat bila diri terpaksa berpura2 buta, berpura2 bisu dan pekak demi satu rasa yang dipanggil 'ego'....



Sunday, May 6, 2012

you, me and the pie!

now, I present you...
my resepi Campak mencampak..  ngeeee....

ayeiN's CheeZZy chICk pie...

filling [mixed vege + chicken breast + cheese and herbs]

close-up texture

ready for bake!

please don't overcook it. nanti hangus jadinya. see, dah nak hangus dah tu.. heee

p/s: ayein tak reti masak, so that's why main cecampak je.. ngeh3..

Sunday, April 22, 2012

of one and two hands

andai ia semudah yang diucapkan,
sudah tentu rasa yang menikam nikam itu lenyap dalam jiwa ini
dan pastinya remuk redam itu pulih.
huuuuu.......
cepatlah pulih wahai jiwa, cepatlah sembuh wahai hati..
kemballikan diriku yang lalu...
kembalikan.


p/s: we need both hands to clap, otherwise it won't be called as a clap.
ho0o0o0o0ho0
=.="
trying hard to ubah selera now.  takpayah carik 'NASIK'! makan je 'pizza' express
walaupun..... ----->

Saturday, April 14, 2012

dalam dakapanMU

biarkan aku menangis dalam dakapanMU ya ALLAH....
kalau baik untuk semua, aku pohon ya ALLAH..buangkanlah rasa ego yang ada pada diri ini jauh2.. campakkanlah rasa kasih &syg ke dlm diriku untuk mereka, agar aku mampu tunaikan hak selayaknya sebagai seorang kakak untuk mereka.
insyaALlah. amin.

Tuesday, April 10, 2012

kehilangan; warkah untuk sahabat

mendung menghiasi hari..
langit hitam sekelam warna hati y sayu dek ujian itu.

kutitipkan warkah ini buatmu sahabat..
wahai sahabat..
aku paham perasaan itu. aku paham saat kehilangan itu hadir, luluh segala perasaan. remuk segala jiwa. sayu segala rase. aku pernah berada dalam situasi itu. aku mengerti kesakitan itu bukan sakit biasa. sakit yang tiada mampu dicoretkan dgn mata pena mahupon dgn luahan kata2. lagi menyakitkan bila jarak yang memisahkan antara kita dgn 'SI DIA' yang hilang.
sahabat...
aku mengerti, mungkin ceritaku dgn mu berbeza. tapi sahabat, aku juga pernah melalui proses yang same walaupon caranya agak berbeza. aku kehilangannya disaat aku berada di sini, berada jauh diperantauan. sama seperti kamu, mungkin jugak same seperti sahabat2 lain yang pernah melaluinya. sungguh, aku akui kehilangan itu sakit, kehilangan itu payah, kehilangan itu meresahkan dan memanah jiwa yang rapuh.
sahabat...
aku mahu kau teruskan langkahan mu, aku mahu kau teruskan perjalananmu, aku mahu kau terus tabah dan bertahan tuk kesekian kalinya ujian yang kau terima. aku, dia dan mereka tahu kau mampu tapi ALLAH lebih tahu kau yang paling mmpu antara kami untuk ujian ini. kami tahu kau kuat, tapi ALLAH lebih mengetahui kau yang paling kuat hatinya untuk dianugerahkan dengan jalan cerita sedemikian.
sahabat, 
jangan pernah rase lemah, jangan pernah rase goyah, jangan pernah rase putus ase, kerana itu mampu membunuh jiwa yang sedang diuji. sahabat, pejam mata mu, bukak hatimu.. dengar bisikan iman dan takwamu. Allah sentiasa ada bersamamu dan bersama kita. pohon denganNYA, untuk secebis kekuatan. mengadu padaNYA untuk segenggam harapan, doa padaNYA agar 'SIDIA' yang dipanggil pulang ditempatkan bersama para solihin. InsyaAllah. amin..
sahabat...
redhakan hatimu dgn kepulangan SIDIA kepada yang MAHA HAK kerna, kita semua adalah hakNYA
setiap yang bernyawa itu tidak pernah kekal. dari mana kita datang, ke situ kita pulang.. pulang kepangkuan sang PENCIPTA YANG MAHA SATU.
                     Surely we belong to Allah and to Him shall we return (2:156)


semoga kau tabah dalam perjuangan mu wahai sahabat dan semoga roh insan yang kau sayangi dicucuri rahmat ILLAHI, amin.
 alfatihah buat Allayarham FUAD BIN AHMAD.


--doaku sbg seorang sahabat--

 

Tuesday, March 27, 2012

istikHarah.

sungguh, decision making is the hardest one.
for me, decision making is all about taking risk. thus, i have to be wise and critical while deciding.  need to selongkar every single thing yang bakal berlaku dgn keputusan yang dibuat.
orang cakap, aku fikir banyak sangat. bg aku, fikir masak2 sampai nak rentung tu perlu sbb once aku decide to do something, it is when aku pertaruhkan hidup aku. aku taknak menyesal dikemudian hari kerana sikap aku yang sambil lewa. aku selalu visualise every decision yang aku buat. bukan berangan, cuma, mahu tampakkan keputusan itu dgn jelas supaya aku mampu menyediakan backup plan yang sesuai. tapi, kita harus ingat, sebaik-baik mana kita merancang atau berhati2,perancangan dan keputusan ALLAH  adalah yang PALING BAIK. jadi, lepas fikir elok2, lepas berusaha, just leave it to ALLAH. apa yang terbaik untuk kita, itulah yang kita dapat. kadang2 kehendak kita taksama dengan apa yang kita dapat saban waktu.. manusia, biasalah, seringkali lalai untuk bersyukur. Nauzbillah. jujur, kekadang aku tergelincir jugak. seringkali question kenapa ini bukan itu, kenapa itu bukan ini. ASTAGFIRULLAHALAZIM... ayein2..
istikarah itu perlu in making every decision. sinonimnya, istikarah is equal to pemilihan jodoh. tp kita harus ingat, skop istikharah itu luas. bukan dlm jodoh sahaja. pernah satu ketika, kakak usrah aku menekankan kepentingan istikarah dalam kehidupan seharian. penyaranan istikarah dilakukan pada setiap hari. hal ini kerana, every single time and day kita akan buat keputusan. even nk pilih beli ikan kembung ke ikan keli itu pon melibatkn process membuat keputusan. istikarah itu membantu kita dalam membuat keputusan becoz we seek for ALLAH's perfect guidance in making the decision for us.
Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam  berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
 “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.


Istikharah is just two rakats of a non-obligatory prayer. it is best performed at 2/3 night. wanna know what are the steps for performing solat istikharah?? here it goes..

  • Niat Solat Istikharah 

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

  •  Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  •   Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  •  Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu). 


Doa Solat Istikharah

 “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

wallahuallam..
ref:  http://www.islaam.net/main/display.php?id=608&category=111

Tuesday, March 13, 2012

warden 0.0

assalamualaikum..
okay, ayein tak mahuk dah cakap soal hati kali ni.. huuu.. mahuk luahkan perasaan yang membuak2 nak meletup.. adddeh! kecewa bukan kepalang.. kecewa dgn attitude adik2 remaja.. addduhh.. satu, satu timbul. pening! yer, aku pening mencari jalan penyelesaian tuk betulkan attitude mereka supaya selari dgn tuntutan AlQuran dan hadis.
cuti summer yang lalu, selain dari menjadi pelajar di kelas memandu dan ibu kepada seorang anak lelaki kecil aku jugak jadi 'warden' tetap dkt rumah. yup, jadi warden.jujur aku katakan, tugas warden ni lagi berat dari jadi seorang ibu kpd anak kecil brusia 3 tahun. pening, kusut dan sakit kepala tuk mengawal remaja yang berkenaan. mungkin dek kerana sikap aku yang agak 'TEGAS' (GARANG sebenarnya, ngeee.. heee), aku diberi kepercayaan penuh tuk menggalas tanggugjawab berkenaan.
seriously, bergetar rasa hati dengar berita2 yang berlaku kat rumah sewaktu keberadaan aku di UK ni. aku cuba menelan plot cerita itu dalam keadaan tidak percaya perlahan-lahan walaupon payah.
'takpe!, insyaAllah aku boleh handle' bisik ku pada diri.
pelbagai slow talk dah aku jalankan, langsong tidak melekat dihati dia. nasihatku dibuang ke tong sampah agaknya. langsong tidak diendahkannya. makin die buat onar, makin sasau aku dibuatnya. mana taknya, tanggugjawab tu dh ada padaku, apa2 yang berlaku aku yang akan disoAl terlebih dahulu oleh keluarga. jalan lembut tak jadi, aku cuba tukar style. yup. aku tukar style. berlagak jadi 'SANG SINGA' walaupon hanya seekor kerengga. aku berlagak jadi polis, aku pasang spy and cuba baca fikiran dia. aku akui, dia licik. jadi seharusnya aku men'triple-miple' kelicikan aku tuk 'banteras' kegiatan dia. huuuu.. handphonenya aku rampas, account fbnye aku delete. keluar masuknya aku kawal. kemana die pergi aku ikut. gerak gerinya diperhati satu persatu. kawan2nya aku seledik. 'kawan lelaki'nya terpaksa menadah telinga mendengar ceramahku. yang tua dari aku pon ada.(tp y laki ni pon satu, kalo dh umur tu berpuluh2, takkan tkleh nk mimbing budak belasan ni elok2?.)   semua aku ceramah, langsong tidak ku kisah batasan umur itu. addeh, ganasnya aku! 
tapi takpe, yang penting motif ku tuk die rasa gerun, tuk die fikir yang bukan semudah tu die nak lolos.  aku nak bawak die k pangkal jalan. tu je motif ku. nak suh die sedar yang hidup ni bukan tuk keseronokan semata2. bukan tuk enjoy. tapi tuk beribadat.
setelah berbulan2, hasilku berjaya. Alhmdulillah. Solatnya dh makin cukup walaupon perlu diingatkan selalu, attitudenya dah makin positif. usahaku y perit itu berbuah manis. alhmdulillah. melangkahnya aku kembali ke UK dgn helaan nafas lega.penuh dgn harapan dia akan terus istiqomah berubah... insyaAllah..

-----setelah beberapa bulan-----

ternyata, harapan itu hancur. hancur berkecai, retak beribu2.. aduuuuhhaaaaii, kenapala, kau buat onar lagi wahai budak kecik?? tidakkah kau tahu umur kau hanya setahun jagung? atau mugkin lebih muda lagi dr jagung tu! kenapala kau takut dengan along tp tk takut dgn ALLAH yang selalu tgok kau tu? ya ALLAH, kenapa dik, kenapa? don't you think, you're to00ooo000oo young to be in love? you're t0oo00o0 young to hangout wif boys? to0o0 young to explore the world? can you just be nice to your own parents? pleasssseeeee just be a nice daughter for them. Along tk tahu dah nk wat cmner? tkkanla nk bawak kau dtg sini, or along duk umah jadi warden sepanjang mase? alahai.. budak kecik. you really drive me 'kio0k'!

'ya Allah, bukakkanlah pintu hatinya. berikanlah petunjuk dan hidayahMu padanya. lorongkanlah dia jalan mnujuMu ya Allah. jgn biarkan dia terus hanyut dibuai keseronokan dunia y sementarani ya Allah. amin, amin, amin ya rabbal a'lamin.. '

Thursday, March 8, 2012

warkah untuk Sang HATi

tadi..
NAdiah Sahum aka NAD ada share satu artikel..
ya Allah, terasa dekat sgt dgn artikel tu tatkala membacanya. Sungguh!!! aku terpana. terasa diri sedang dibelai dan dipujuk Oleh YANG ESA melalui warkah itu. YA ALLAH.. KAU membawa ketenangan kepadaku. ALHAMDULILLAH, ku panjatkan kesyukuran. setelah berminggu2 konflik hati ini mengganas dalam jiwa seorang aku, kini ia semakin redha. hari demi hari aku makin pulih. ya, pulih! pulih dari segala rasa. INSYAALLAH. warkah itu seolah2 berkata2 padaku.. memujuk2 manja hati yang tak keruan ini. aku hanya manusia biasa. aku tak mampu menghalang rasa itu hadir. rasa yang dianugerahkan kepada setiap manusia yang bergelar insan. dek kerana rasa itu jugaklah, aku hilang segala fokus. aku jadi serabai. aku mahu BUANG rasa itu jauh2, aku mahu lenyapkan ia, aku mahu halau rasa itu pergi tapi aku LANGSONG TAK BERDAYA. aku resah dgn hadirnya perasaan itu. sungguh! aku GELISAH kerna AKU TIDAK PERNAH merasainya sebelumni. SERIoUSLY, ini KALI PERTAMA.!!
aku sendiri tak tahu sejak bila rasa ni menapak dalam hatiku. aku buntu! buntu tuk MENGHALANGnya dari terus merebak. aku takut ia merebak, merebak dan terus merebak sehingga aku jauh dari CINTANYA YANG MAHA ESA.

ya ALLAH, sesungguhnya aku tak mampu tuk menghalang rasa ini hadir dlam diriku. Namun aku cuba sedayaupaya ku tuk membawa rasa ini berpaksi pada jalanMU. YA ALLAH, sungguh aku tak berdaya tanpa pertolonganMU. aku tak berdaya tuk membawa rasa ini ke JALANMU tanpa bantuan dariMU, tanpa pertolonganMU, tanpa redhaMU. bantulah aku YA ALLAH, berikan aku kekuatan untuk terus bertatih di JALANMU yang lurus itu. amin..

petikan warkah itu...:
from: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/4338--untukmu-solehah.html

Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi



subUh

subuh itu..
kedengaran jelas azan subuh berkumandang dari sebuah gadget elektronik kecil, tiada lagi laungan live y keluar dari corong2 speaker madrasah mahupon masjid2 besar.rindu! yer jiwa ini rindu dgn 'kekalutan' org desa pd waktu subuh. kalut tuk ke surau2 berdekatan, kalut tuk ke kebun, kalut tuk menyiapkan ank2 ke sekolah, kalut dlm segala hal. kokokan ayam serta beburung rimba turut memeriahkan 'festa' subuh di segenap ceruk desa. biarpon hari ni aku hanya dgn sebuah rakaman dan secebis memori lampau, namun laungan itu tetap mendamaikan sang jwa dipagi hari.. (alhamdulillah)

Sunday, March 4, 2012

of rasa Vs Hati

susahnya nak jaga hati..
susahnya Ya ALLAH. bukan aku nak mengeluh, cuma aku ingin mengadu, mengadu pada YANG MAHA HAK lagi MAHA MEMAHAMI.
dalam aku berjaga2 tuk mengawal sekeping hati yang satu ini, aku tewas jua. sungguh, aku gagal!
aku terbabas terus tersadung dan aku terjelepuk di tanah yang gersang. aku hairan, kemana perginya diri aku yang dulu. tertanya2 sendirian. pelik! aku hilang dalam diri sendiri. apa yang telah merubah aku? mugkinkah kerana kitaran waktu atau kerana revolusi persekitaran disekelilingku? mugkin jua kerana KELOMPONGAN pada IBADAH2 ku? ya ALLAH. NAuzbillah..
perasaan sekarang bercampur baur. tak tahu ape yang sedang berlaku. kerana apa dan mengapa, aku sendiri kurang mengerti.  cepat sungguh aku sensitive dgn individu tertentu. rase dikhianati tak tentu pasal. rasa macam nak difahami, rasa cam nak diberi perhatian, seribu satu macam rasa sehingga aku rasa sesak dan meresahkan. aku sendiri tk tahu puncanya dimana. aku bagai sudah tidak kenal siapa diri aku.aku umpama hilang dalam diri sendiri. mencari2 diri yang dulu. penuh dengan azam dan tekad. hidup dgn prinsip. putus asa jarang sekali datang bertandang dlm diri. tapi kini, aku rasa aku makin lemah. seringkali terpedaya dgn mainan perasaan sendiri.kenapa begini, sungguh, aku tiada jawapan yang pasti.

-----ya ALLAH, buangkanlah perasaan ni jauh2.. hilangkan rase yang bukan2 ni dlm diriku. Lorongkanlah aku jalan menujuMU. bantulah aku ya ALLAH. amin.-----

Saturday, March 3, 2012

sebuah pesanan

ayein ayein ayein..
selalu je berpesan pada "SIDIA" yang belum diketahui wujud fizikalnya..
                      "suamiku jaga hatimu untukku, agar barakahNYA dapat kita perolehi bersama"
tapi,
kenape ayein sendiri tak jaga hati tu? kenape yer yein? harapkan bakal suami, tapi kenapa tidak diaplakasikan pada diri sendiri terlebih dahulu?
"AYein dah JAGA dah.. dah tutup rapat2 dah, kunci pon dah"
kalo betul dah jaga hati tu yein, kau takkan bg sesape pon masuk.. kan?? tgok, dah tk pasal2 KIOo0o0KK sensorang..
ok dah, so sekarang...
  • lupekan yg lepas, 
  • jangan get attached dgn sape2.. 
  • put a barrier between you and *that stranger*
  • jg ikhtilat tu ynag PEnTING!
  • TEGAS dlm segala hal. ^...^
  • kadang2 SOMbONG itu perlu dgn berlainan jantina
  • just ignore all that "unnecessary" feeling.. ----> no such love exists! tipu je semua tu.. kosong!
  • pastukan yein, bende tu tk logik pon.. ho0ho0ho0 manela ade crita cinderella cenggitu? PUTERA/ HERO dtg dgn seekor kuda warna putih pastu bawak gadis miskin ni ke istana dia.. ho0ho0 tinggi betul impian cik ayein.. dahla, be realistic. yang penting, start from now on, don't ever let any stranger 'touch' your heart. -----> bahaya! 
  • mengalah dan doakn Mereka. :) mak kata: kita kene ngalah, jgn keras hati. 6ti lama2 kita rasa seronok.
  • avoid yourself from ZINA HATI! <-- ingat tu yein!

Wednesday, February 29, 2012

luahan itu

Assalamualaikum..
dh lama rasanya aku tak mencoretkan sesuatu disini dgn proper. entah kenapa aku rasa tawar tuk berbicara. mungkin aku tidak mahu tuk meninggalkan bekasan calar balar yang ada sejak 2menjak ini secara zahir, dgn harapan bekasan luka  itu tidak akan terus melekat. aku ingin luka ini sembuh tanpa sebarang parut. yer, aku mahu lupakan segalanya.. biarkan, biarkan semua itu berlalu tanpa menggoyahkan jiwa seorang aku. ya Allah, aku dambakan secebis kekuatan dariMu. aku lemah tanpa pertolonganMu ya Allah.
suatu ketika, aku pernah berjanji pada diri untuk terus TEGUH, terus BERTAHAN walau sehebat mana ujianNYA untuk ku. aku cuba tuk melawan segala rasa yang ada. aku cuba jernihkan keadaaan itu, aku korbankan segala dendam yang ada, aku gagahkan diri tuk menerima kisah lalu dgn keadaan terbuka walaupon 21 tahun aku terkontang kanting. aku rela tuk lupakan segalanya dgn harapan aku mampu membina sesuatu yang lebih baik. aku cuba bertindak matang. aku cuba walaupon payah. walaupon pahit. aku cuba menjadi diri aku yang baru. aku cuba dgn sedaya upaya aku. namun, aku gagal. aku gagal dlm mengawal hati. setiap percubaan itu menyakitkan. terasa hati disiat2,, pedih, pilu, terkilan.. segalanya bercmpur baur dan menyatu menjadi satu perasaan yng meresahkan aku. seringkali air jernih ini bertakung menutupi kornea mata lalu turun membasahi pipi.
pada siapa aku ingin mengadu? pada siapa ingin ku bergantung harap?
yer, betul.. pada ALLAH yang SATU!
YA ALLAH, berikan aku peluang tuk berada dihatinya sebagai layaknya seorang anak,,
berikan aku peluang itu ya Allah.. amin.. amin amin ya rabbal a lamin..

Wednesday, February 22, 2012

jihad ini

hidup ini adalah perjuangan.. tiada masa tuk berpangku tangan.. setiap titis peluh dan darah, tk akan sirna ditelan masa. segores luka dijalan Allah akan mnjadi saksi pengorbanan..

ayyuh.. bangun, bangkit wahai mujahid muda. angkat pena, pedang dan alquran. jgn pernah berasa lemah dan longlai.. ingat, janji ALLAH itu sebenar2nya janji. ayyuh sahabat2.. jom kita berjihad di medan ILMU dan DAKWAH sama2.. :)

takbir, Allahuakbar!

Tuesday, February 21, 2012

gurisan jiwa



aku berlari membawa diri nun jauh disana..
tak mampu lagi untuk aku terus berdiri disini.
gurisan demi gurisan mencalar hati
makin lama makin berbekas,
dan berbekas-bekas
sehingga meruntun jiwa...

the poEm and you

you 0o0 you.. 
you've touched my deepest heart, 
you've given me hopes
then in just a second, 
you walk away, 
and...
you leave me a "BRUTAL" scar.

Saturday, February 18, 2012

keluhkesah

ya Allah.. susahnya nak jaga hati ni. 

---  ya Allah, tolong hambaMu ini ya Allah. berikan aku kekuatan untuk terus berpaksi padaMU..-----



amin..

Sunday, February 12, 2012

ujian

terdampar aku diatas sebuah tilam empuk, memandang2 syiling sambil menahan tekak yang perit lagi memedihkan. berkali2 muntah! batuk makin menjadi-jadi. dah seminggu aku berdehem-dehem manja, tapi semalam deheman itu bertukar perilaku. RAKUS! ya.. deheman itu rakus dan mula menggila. menggaru2 tekak ini supaya terus menerus berdehem dan adakalanya membuatkan aku tercungap2 tuk bernafas. ALLAHUAKBAR! pedih rasa tekak ni. ulser yang mula memunculkan diri merumitkan keadaan. sakit, pedih dan tak selesa untuk aku menggerak2kan saraf2 dibahagian mulut ni. "takpe yein, takpe. sabar yer.. sakit itu, kifarah dosa. InsyaALLAh" pesan aku pada diri.

'ya Allah, berikan aku kekuatan. sembuhkanlah aku.. amin..'


p/s: kaklong rindu usapan manja mok kat belakang kaklong.

Wednesday, January 11, 2012

worDs and feelinGs

sunyi bukan beerti aku sendiri, sepi bukan beerti aku keseorangan. 
mungkin saja aku sunyi dalam khalayak itu.dan mungkin jugak aku sepi dalam kelompok ini.
ingin saja aku bersembunyi disebalik diri yang lain dan berpura2 tidak mengerti.
ingin saja aku membawa diri nun jauh disana. 
bercita2 aku untuk berhijrah ke marikh dan mungkin juga ke pluto.  
mengharapkan perasaan itu akan pudar, mengharapkan rasa itu akan hilang, mengharapkan getar itu pupus dan lenyap dari kisah seOrang aku. 
getar itu, rasa itu, perasaan itu, naluri itu amat meresahkan jiwa seorang aku. sungguh, ia merumitkan. 
tapii..
apa perlu aku lenyapkan segala rasa yang meresahkan itu 
atau membiarkannya terus berkembang mekar?

Sunday, January 8, 2012

maka redhalah aku dgn ketentuanNya

"maka maha suci Allah yang ditanganNYa kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan"36: 83


--aku redha dgn ketentuanMU ya ALLAH, Alfatihah. semoga rohmu dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama-sama para solihin, amin...--

langkah inI

tersenyum aku dlm kepahitan rasa, tertawa aku dalam kepedihan jiwa,
mencari saki baki benih kekuatan yang masih bersisa dalam diri.
Dalam kepayahan aku terus memaksa kaki untuk melangkah - biar lemah , biar longlai kaki ini, asalkan ia mampu terus mengatur langkah padaNya.
kadang2 jauh disudut hati ini muncul satu tanda tanya-
'sampai bila kau mahu menyelimuti duka itu dibawah hilaian tawa yang ketara hambarnya yein?'
ya Allah, kami perlukan kekuatan dariMu. kami ingin cintaMU sbg pengubat duka ini.
hadirkanlah rasa cinta itu dalam setiap diri kami  ya Allah. hadirkanlah ya Allah. hadirkan cintaMu pada kami sebagai kekuatan untuk kami menapakkan langkah ini ke jalanMu dengan penuh rasa kehambaan.

...amin...

Saturday, January 7, 2012

butiran jernIH itu

merenung aku kedada langit mengharapkan segenggam kekuatan dariNya. aku merintih, aku merayu, berDoa padaNya yang Hakiki. pandangan ku kabur tatkala butiran jernih itu hadir menutupi kedua-dua kornea mata ini. yA Allah, pada siapa ingin ku meminta selain dari Engkau, ya Allah, tuhan sekalian makhluk. Berikan kami kekuatan dalam mengharungi dugaan ini ya Allah. berikan kami secebis ketabahan dan kesabaran agar terus teguh walau dipukul badai, terus gah berdiri walau ribut melanda, agar terus mampu bertahan walau setajam mana duri menusuk. Sungguh, kami hambaMu yang lemah ya Allah. kami tak mampu hadapi semua ni tanpaMu, tanpa pertolonganMu, tanpa kasihMu ya Allah.

..amin...

salam terima kasIh..

...TERiMA Kasih diHUlurkaN keRAna Sudi menJEngukkan Diri DiLAman SeSaWAng yang BersaWang INi...
Lots of Love..
~~ayein~~