ASSaLAmUAiKuMM.....

salam ukhuwah dihulur mendahului diriku...
ahlan wasahlan ya sahabat....
pelabuhan sauh tintaku di laman ini membawa seribu satu makna yang mendalam bagi hidup ku..
memberi sejuta satu erti dalam perjalananku menujuNya..
pencarian sebutir permata hitam di dasar laut keimanan akan ku teruskan,... walau ape pon yang akan aku tempuhi... akanku gigihkan jua demi cintaMu..... insyallah..

=.=

Tuesday, March 27, 2012

istikHarah.

sungguh, decision making is the hardest one.
for me, decision making is all about taking risk. thus, i have to be wise and critical while deciding.  need to selongkar every single thing yang bakal berlaku dgn keputusan yang dibuat.
orang cakap, aku fikir banyak sangat. bg aku, fikir masak2 sampai nak rentung tu perlu sbb once aku decide to do something, it is when aku pertaruhkan hidup aku. aku taknak menyesal dikemudian hari kerana sikap aku yang sambil lewa. aku selalu visualise every decision yang aku buat. bukan berangan, cuma, mahu tampakkan keputusan itu dgn jelas supaya aku mampu menyediakan backup plan yang sesuai. tapi, kita harus ingat, sebaik-baik mana kita merancang atau berhati2,perancangan dan keputusan ALLAH  adalah yang PALING BAIK. jadi, lepas fikir elok2, lepas berusaha, just leave it to ALLAH. apa yang terbaik untuk kita, itulah yang kita dapat. kadang2 kehendak kita taksama dengan apa yang kita dapat saban waktu.. manusia, biasalah, seringkali lalai untuk bersyukur. Nauzbillah. jujur, kekadang aku tergelincir jugak. seringkali question kenapa ini bukan itu, kenapa itu bukan ini. ASTAGFIRULLAHALAZIM... ayein2..
istikarah itu perlu in making every decision. sinonimnya, istikarah is equal to pemilihan jodoh. tp kita harus ingat, skop istikharah itu luas. bukan dlm jodoh sahaja. pernah satu ketika, kakak usrah aku menekankan kepentingan istikarah dalam kehidupan seharian. penyaranan istikarah dilakukan pada setiap hari. hal ini kerana, every single time and day kita akan buat keputusan. even nk pilih beli ikan kembung ke ikan keli itu pon melibatkn process membuat keputusan. istikarah itu membantu kita dalam membuat keputusan becoz we seek for ALLAH's perfect guidance in making the decision for us.
Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam  berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
 “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.


Istikharah is just two rakats of a non-obligatory prayer. it is best performed at 2/3 night. wanna know what are the steps for performing solat istikharah?? here it goes..

  • Niat Solat Istikharah 

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

  •  Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  •   Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  •  Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu). 


Doa Solat Istikharah

 “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

wallahuallam..
ref:  http://www.islaam.net/main/display.php?id=608&category=111

No comments:

Post a Comment

salam terima kasIh..

...TERiMA Kasih diHUlurkaN keRAna Sudi menJEngukkan Diri DiLAman SeSaWAng yang BersaWang INi...
Lots of Love..
~~ayein~~