ASSaLAmUAiKuMM.....

salam ukhuwah dihulur mendahului diriku...
ahlan wasahlan ya sahabat....
pelabuhan sauh tintaku di laman ini membawa seribu satu makna yang mendalam bagi hidup ku..
memberi sejuta satu erti dalam perjalananku menujuNya..
pencarian sebutir permata hitam di dasar laut keimanan akan ku teruskan,... walau ape pon yang akan aku tempuhi... akanku gigihkan jua demi cintaMu..... insyallah..

Tuesday, March 27, 2012

istikHarah.

sungguh, decision making is the hardest one.
for me, decision making is all about taking risk. thus, i have to be wise and critical while deciding.  need to selongkar every single thing yang bakal berlaku dgn keputusan yang dibuat.
orang cakap, aku fikir banyak sangat. bg aku, fikir masak2 sampai nak rentung tu perlu sbb once aku decide to do something, it is when aku pertaruhkan hidup aku. aku taknak menyesal dikemudian hari kerana sikap aku yang sambil lewa. aku selalu visualise every decision yang aku buat. bukan berangan, cuma, mahu tampakkan keputusan itu dgn jelas supaya aku mampu menyediakan backup plan yang sesuai. tapi, kita harus ingat, sebaik-baik mana kita merancang atau berhati2,perancangan dan keputusan ALLAH  adalah yang PALING BAIK. jadi, lepas fikir elok2, lepas berusaha, just leave it to ALLAH. apa yang terbaik untuk kita, itulah yang kita dapat. kadang2 kehendak kita taksama dengan apa yang kita dapat saban waktu.. manusia, biasalah, seringkali lalai untuk bersyukur. Nauzbillah. jujur, kekadang aku tergelincir jugak. seringkali question kenapa ini bukan itu, kenapa itu bukan ini. ASTAGFIRULLAHALAZIM... ayein2..
istikarah itu perlu in making every decision. sinonimnya, istikarah is equal to pemilihan jodoh. tp kita harus ingat, skop istikharah itu luas. bukan dlm jodoh sahaja. pernah satu ketika, kakak usrah aku menekankan kepentingan istikarah dalam kehidupan seharian. penyaranan istikarah dilakukan pada setiap hari. hal ini kerana, every single time and day kita akan buat keputusan. even nk pilih beli ikan kembung ke ikan keli itu pon melibatkn process membuat keputusan. istikarah itu membantu kita dalam membuat keputusan becoz we seek for ALLAH's perfect guidance in making the decision for us.
Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam  berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
 “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.


Istikharah is just two rakats of a non-obligatory prayer. it is best performed at 2/3 night. wanna know what are the steps for performing solat istikharah?? here it goes..

  • Niat Solat Istikharah 

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

  •  Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  •   Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  •  Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu). 


Doa Solat Istikharah

 “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

wallahuallam..
ref:  http://www.islaam.net/main/display.php?id=608&category=111

Tuesday, March 13, 2012

warden 0.0

assalamualaikum..
okay, ayein tak mahuk dah cakap soal hati kali ni.. huuu.. mahuk luahkan perasaan yang membuak2 nak meletup.. adddeh! kecewa bukan kepalang.. kecewa dgn attitude adik2 remaja.. addduhh.. satu, satu timbul. pening! yer, aku pening mencari jalan penyelesaian tuk betulkan attitude mereka supaya selari dgn tuntutan AlQuran dan hadis.
cuti summer yang lalu, selain dari menjadi pelajar di kelas memandu dan ibu kepada seorang anak lelaki kecil aku jugak jadi 'warden' tetap dkt rumah. yup, jadi warden.jujur aku katakan, tugas warden ni lagi berat dari jadi seorang ibu kpd anak kecil brusia 3 tahun. pening, kusut dan sakit kepala tuk mengawal remaja yang berkenaan. mungkin dek kerana sikap aku yang agak 'TEGAS' (GARANG sebenarnya, ngeee.. heee), aku diberi kepercayaan penuh tuk menggalas tanggugjawab berkenaan.
seriously, bergetar rasa hati dengar berita2 yang berlaku kat rumah sewaktu keberadaan aku di UK ni. aku cuba menelan plot cerita itu dalam keadaan tidak percaya perlahan-lahan walaupon payah.
'takpe!, insyaAllah aku boleh handle' bisik ku pada diri.
pelbagai slow talk dah aku jalankan, langsong tidak melekat dihati dia. nasihatku dibuang ke tong sampah agaknya. langsong tidak diendahkannya. makin die buat onar, makin sasau aku dibuatnya. mana taknya, tanggugjawab tu dh ada padaku, apa2 yang berlaku aku yang akan disoAl terlebih dahulu oleh keluarga. jalan lembut tak jadi, aku cuba tukar style. yup. aku tukar style. berlagak jadi 'SANG SINGA' walaupon hanya seekor kerengga. aku berlagak jadi polis, aku pasang spy and cuba baca fikiran dia. aku akui, dia licik. jadi seharusnya aku men'triple-miple' kelicikan aku tuk 'banteras' kegiatan dia. huuuu.. handphonenya aku rampas, account fbnye aku delete. keluar masuknya aku kawal. kemana die pergi aku ikut. gerak gerinya diperhati satu persatu. kawan2nya aku seledik. 'kawan lelaki'nya terpaksa menadah telinga mendengar ceramahku. yang tua dari aku pon ada.(tp y laki ni pon satu, kalo dh umur tu berpuluh2, takkan tkleh nk mimbing budak belasan ni elok2?.)   semua aku ceramah, langsong tidak ku kisah batasan umur itu. addeh, ganasnya aku! 
tapi takpe, yang penting motif ku tuk die rasa gerun, tuk die fikir yang bukan semudah tu die nak lolos.  aku nak bawak die k pangkal jalan. tu je motif ku. nak suh die sedar yang hidup ni bukan tuk keseronokan semata2. bukan tuk enjoy. tapi tuk beribadat.
setelah berbulan2, hasilku berjaya. Alhmdulillah. Solatnya dh makin cukup walaupon perlu diingatkan selalu, attitudenya dah makin positif. usahaku y perit itu berbuah manis. alhmdulillah. melangkahnya aku kembali ke UK dgn helaan nafas lega.penuh dgn harapan dia akan terus istiqomah berubah... insyaAllah..

-----setelah beberapa bulan-----

ternyata, harapan itu hancur. hancur berkecai, retak beribu2.. aduuuuhhaaaaii, kenapala, kau buat onar lagi wahai budak kecik?? tidakkah kau tahu umur kau hanya setahun jagung? atau mugkin lebih muda lagi dr jagung tu! kenapala kau takut dengan along tp tk takut dgn ALLAH yang selalu tgok kau tu? ya ALLAH, kenapa dik, kenapa? don't you think, you're to00ooo000oo young to be in love? you're t0oo00o0 young to hangout wif boys? to0o0 young to explore the world? can you just be nice to your own parents? pleasssseeeee just be a nice daughter for them. Along tk tahu dah nk wat cmner? tkkanla nk bawak kau dtg sini, or along duk umah jadi warden sepanjang mase? alahai.. budak kecik. you really drive me 'kio0k'!

'ya Allah, bukakkanlah pintu hatinya. berikanlah petunjuk dan hidayahMu padanya. lorongkanlah dia jalan mnujuMu ya Allah. jgn biarkan dia terus hanyut dibuai keseronokan dunia y sementarani ya Allah. amin, amin, amin ya rabbal a'lamin.. '

Thursday, March 8, 2012

warkah untuk Sang HATi

tadi..
NAdiah Sahum aka NAD ada share satu artikel..
ya Allah, terasa dekat sgt dgn artikel tu tatkala membacanya. Sungguh!!! aku terpana. terasa diri sedang dibelai dan dipujuk Oleh YANG ESA melalui warkah itu. YA ALLAH.. KAU membawa ketenangan kepadaku. ALHAMDULILLAH, ku panjatkan kesyukuran. setelah berminggu2 konflik hati ini mengganas dalam jiwa seorang aku, kini ia semakin redha. hari demi hari aku makin pulih. ya, pulih! pulih dari segala rasa. INSYAALLAH. warkah itu seolah2 berkata2 padaku.. memujuk2 manja hati yang tak keruan ini. aku hanya manusia biasa. aku tak mampu menghalang rasa itu hadir. rasa yang dianugerahkan kepada setiap manusia yang bergelar insan. dek kerana rasa itu jugaklah, aku hilang segala fokus. aku jadi serabai. aku mahu BUANG rasa itu jauh2, aku mahu lenyapkan ia, aku mahu halau rasa itu pergi tapi aku LANGSONG TAK BERDAYA. aku resah dgn hadirnya perasaan itu. sungguh! aku GELISAH kerna AKU TIDAK PERNAH merasainya sebelumni. SERIoUSLY, ini KALI PERTAMA.!!
aku sendiri tak tahu sejak bila rasa ni menapak dalam hatiku. aku buntu! buntu tuk MENGHALANGnya dari terus merebak. aku takut ia merebak, merebak dan terus merebak sehingga aku jauh dari CINTANYA YANG MAHA ESA.

ya ALLAH, sesungguhnya aku tak mampu tuk menghalang rasa ini hadir dlam diriku. Namun aku cuba sedayaupaya ku tuk membawa rasa ini berpaksi pada jalanMU. YA ALLAH, sungguh aku tak berdaya tanpa pertolonganMU. aku tak berdaya tuk membawa rasa ini ke JALANMU tanpa bantuan dariMU, tanpa pertolonganMU, tanpa redhaMU. bantulah aku YA ALLAH, berikan aku kekuatan untuk terus bertatih di JALANMU yang lurus itu. amin..

petikan warkah itu...:
from: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/4338--untukmu-solehah.html

Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi



subUh

subuh itu..
kedengaran jelas azan subuh berkumandang dari sebuah gadget elektronik kecil, tiada lagi laungan live y keluar dari corong2 speaker madrasah mahupon masjid2 besar.rindu! yer jiwa ini rindu dgn 'kekalutan' org desa pd waktu subuh. kalut tuk ke surau2 berdekatan, kalut tuk ke kebun, kalut tuk menyiapkan ank2 ke sekolah, kalut dlm segala hal. kokokan ayam serta beburung rimba turut memeriahkan 'festa' subuh di segenap ceruk desa. biarpon hari ni aku hanya dgn sebuah rakaman dan secebis memori lampau, namun laungan itu tetap mendamaikan sang jwa dipagi hari.. (alhamdulillah)

Sunday, March 4, 2012

of rasa Vs Hati

susahnya nak jaga hati..
susahnya Ya ALLAH. bukan aku nak mengeluh, cuma aku ingin mengadu, mengadu pada YANG MAHA HAK lagi MAHA MEMAHAMI.
dalam aku berjaga2 tuk mengawal sekeping hati yang satu ini, aku tewas jua. sungguh, aku gagal!
aku terbabas terus tersadung dan aku terjelepuk di tanah yang gersang. aku hairan, kemana perginya diri aku yang dulu. tertanya2 sendirian. pelik! aku hilang dalam diri sendiri. apa yang telah merubah aku? mugkinkah kerana kitaran waktu atau kerana revolusi persekitaran disekelilingku? mugkin jua kerana KELOMPONGAN pada IBADAH2 ku? ya ALLAH. NAuzbillah..
perasaan sekarang bercampur baur. tak tahu ape yang sedang berlaku. kerana apa dan mengapa, aku sendiri kurang mengerti.  cepat sungguh aku sensitive dgn individu tertentu. rase dikhianati tak tentu pasal. rasa macam nak difahami, rasa cam nak diberi perhatian, seribu satu macam rasa sehingga aku rasa sesak dan meresahkan. aku sendiri tk tahu puncanya dimana. aku bagai sudah tidak kenal siapa diri aku.aku umpama hilang dalam diri sendiri. mencari2 diri yang dulu. penuh dengan azam dan tekad. hidup dgn prinsip. putus asa jarang sekali datang bertandang dlm diri. tapi kini, aku rasa aku makin lemah. seringkali terpedaya dgn mainan perasaan sendiri.kenapa begini, sungguh, aku tiada jawapan yang pasti.

-----ya ALLAH, buangkanlah perasaan ni jauh2.. hilangkan rase yang bukan2 ni dlm diriku. Lorongkanlah aku jalan menujuMU. bantulah aku ya ALLAH. amin.-----

Saturday, March 3, 2012

sebuah pesanan

ayein ayein ayein..
selalu je berpesan pada "SIDIA" yang belum diketahui wujud fizikalnya..
                      "suamiku jaga hatimu untukku, agar barakahNYA dapat kita perolehi bersama"
tapi,
kenape ayein sendiri tak jaga hati tu? kenape yer yein? harapkan bakal suami, tapi kenapa tidak diaplakasikan pada diri sendiri terlebih dahulu?
"AYein dah JAGA dah.. dah tutup rapat2 dah, kunci pon dah"
kalo betul dah jaga hati tu yein, kau takkan bg sesape pon masuk.. kan?? tgok, dah tk pasal2 KIOo0o0KK sensorang..
ok dah, so sekarang...
  • lupekan yg lepas, 
  • jangan get attached dgn sape2.. 
  • put a barrier between you and *that stranger*
  • jg ikhtilat tu ynag PEnTING!
  • TEGAS dlm segala hal. ^...^
  • kadang2 SOMbONG itu perlu dgn berlainan jantina
  • just ignore all that "unnecessary" feeling.. ----> no such love exists! tipu je semua tu.. kosong!
  • pastukan yein, bende tu tk logik pon.. ho0ho0ho0 manela ade crita cinderella cenggitu? PUTERA/ HERO dtg dgn seekor kuda warna putih pastu bawak gadis miskin ni ke istana dia.. ho0ho0 tinggi betul impian cik ayein.. dahla, be realistic. yang penting, start from now on, don't ever let any stranger 'touch' your heart. -----> bahaya! 
  • mengalah dan doakn Mereka. :) mak kata: kita kene ngalah, jgn keras hati. 6ti lama2 kita rasa seronok.
  • avoid yourself from ZINA HATI! <-- ingat tu yein!

salam terima kasIh..

...TERiMA Kasih diHUlurkaN keRAna Sudi menJEngukkan Diri DiLAman SeSaWAng yang BersaWang INi...
Lots of Love..
~~ayein~~