ASSaLAmUAiKuMM.....

salam ukhuwah dihulur mendahului diriku...
ahlan wasahlan ya sahabat....
pelabuhan sauh tintaku di laman ini membawa seribu satu makna yang mendalam bagi hidup ku..
memberi sejuta satu erti dalam perjalananku menujuNya..
pencarian sebutir permata hitam di dasar laut keimanan akan ku teruskan,... walau ape pon yang akan aku tempuhi... akanku gigihkan jua demi cintaMu..... insyallah..

=.=

Thursday, March 8, 2012

warkah untuk Sang HATi

tadi..
NAdiah Sahum aka NAD ada share satu artikel..
ya Allah, terasa dekat sgt dgn artikel tu tatkala membacanya. Sungguh!!! aku terpana. terasa diri sedang dibelai dan dipujuk Oleh YANG ESA melalui warkah itu. YA ALLAH.. KAU membawa ketenangan kepadaku. ALHAMDULILLAH, ku panjatkan kesyukuran. setelah berminggu2 konflik hati ini mengganas dalam jiwa seorang aku, kini ia semakin redha. hari demi hari aku makin pulih. ya, pulih! pulih dari segala rasa. INSYAALLAH. warkah itu seolah2 berkata2 padaku.. memujuk2 manja hati yang tak keruan ini. aku hanya manusia biasa. aku tak mampu menghalang rasa itu hadir. rasa yang dianugerahkan kepada setiap manusia yang bergelar insan. dek kerana rasa itu jugaklah, aku hilang segala fokus. aku jadi serabai. aku mahu BUANG rasa itu jauh2, aku mahu lenyapkan ia, aku mahu halau rasa itu pergi tapi aku LANGSONG TAK BERDAYA. aku resah dgn hadirnya perasaan itu. sungguh! aku GELISAH kerna AKU TIDAK PERNAH merasainya sebelumni. SERIoUSLY, ini KALI PERTAMA.!!
aku sendiri tak tahu sejak bila rasa ni menapak dalam hatiku. aku buntu! buntu tuk MENGHALANGnya dari terus merebak. aku takut ia merebak, merebak dan terus merebak sehingga aku jauh dari CINTANYA YANG MAHA ESA.

ya ALLAH, sesungguhnya aku tak mampu tuk menghalang rasa ini hadir dlam diriku. Namun aku cuba sedayaupaya ku tuk membawa rasa ini berpaksi pada jalanMU. YA ALLAH, sungguh aku tak berdaya tanpa pertolonganMU. aku tak berdaya tuk membawa rasa ini ke JALANMU tanpa bantuan dariMU, tanpa pertolonganMU, tanpa redhaMU. bantulah aku YA ALLAH, berikan aku kekuatan untuk terus bertatih di JALANMU yang lurus itu. amin..

petikan warkah itu...:
from: http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/4338--untukmu-solehah.html

Assalamualaikum solehah,
Apa khabar hati dan imanmu hari ini?
Mengapa aku lihat dirimu bagaikan tidak keruan? Soal hati ya..

Wahai solehah, payah bukan tatkala kita jatuh cinta?
Kadang-kadang rasa itu hadir, kadang-kadang rasa itu hilang.
Percayalah, saya tahu bagaimana rasanya.
Jangan pernah dibunuh rasa itu!

Namun, tuntunlah fitrah itu sebaiknya dengan zikrullah.
Usah lumurkan sucinya fitrah itu menjadi lumpur fitnah.
Usah pula dipalitkan hatimu dengan kerinduan yang dusta.
Hatimu dan hatinya bukan milik sesiapa.
Milik pencipta kita selamanya. Dia yang memegang hati kita.
Hadirnya rasa itu sebagai hadiah ujian. Sebagai tarbiah.

Tabahlah wahai solehah, moga diberi kekuatan selalu.
Pintalah pada Pemilik Hati yang mengawal rasa itu.
Dia Maha Mengetahui bahawa kita mampu.
Yakinlah, rintihan kita, aduan kita takkan pernah sia-sia.
Dia Maha Mendengar bukan? Dia lagi Maha Penyayang.
Mana mungkin doa-doa hambanya yang solehah tidak didengari.
Ingat, Tuhan kita akan berikan kita semua yang kita perlu,
bukan hanya semua yang kita mahu.

Kelak pada akhirnya, selepas semua ini berjaya kita harungi,
semuanya akan menjadi tersangat indah.
Waktu itu akan tiba jua duhai solehah.
Saat hatimu dan hatinya tenang bersatu diabdikan hanya kepadaNya.
Imam solatmu akan tiba kelak. Dekat.
Penantianmu akan berakhir dengan sebenar-benar persediaan.
Ilmu, hati dan doa perlu dirapi



1 comment:

  1. me like it!
    mungkin kita boleh print and baca tiap2 pagi. hehe

    ReplyDelete

salam terima kasIh..

...TERiMA Kasih diHUlurkaN keRAna Sudi menJEngukkan Diri DiLAman SeSaWAng yang BersaWang INi...
Lots of Love..
~~ayein~~