ASSaLAmUAiKuMM.....

salam ukhuwah dihulur mendahului diriku...
ahlan wasahlan ya sahabat....
pelabuhan sauh tintaku di laman ini membawa seribu satu makna yang mendalam bagi hidup ku..
memberi sejuta satu erti dalam perjalananku menujuNya..
pencarian sebutir permata hitam di dasar laut keimanan akan ku teruskan,... walau ape pon yang akan aku tempuhi... akanku gigihkan jua demi cintaMu..... insyallah..

Tuesday, April 10, 2012

kehilangan; warkah untuk sahabat

mendung menghiasi hari..
langit hitam sekelam warna hati y sayu dek ujian itu.

kutitipkan warkah ini buatmu sahabat..
wahai sahabat..
aku paham perasaan itu. aku paham saat kehilangan itu hadir, luluh segala perasaan. remuk segala jiwa. sayu segala rase. aku pernah berada dalam situasi itu. aku mengerti kesakitan itu bukan sakit biasa. sakit yang tiada mampu dicoretkan dgn mata pena mahupon dgn luahan kata2. lagi menyakitkan bila jarak yang memisahkan antara kita dgn 'SI DIA' yang hilang.
sahabat...
aku mengerti, mungkin ceritaku dgn mu berbeza. tapi sahabat, aku juga pernah melalui proses yang same walaupon caranya agak berbeza. aku kehilangannya disaat aku berada di sini, berada jauh diperantauan. sama seperti kamu, mungkin jugak same seperti sahabat2 lain yang pernah melaluinya. sungguh, aku akui kehilangan itu sakit, kehilangan itu payah, kehilangan itu meresahkan dan memanah jiwa yang rapuh.
sahabat...
aku mahu kau teruskan langkahan mu, aku mahu kau teruskan perjalananmu, aku mahu kau terus tabah dan bertahan tuk kesekian kalinya ujian yang kau terima. aku, dia dan mereka tahu kau mampu tapi ALLAH lebih tahu kau yang paling mmpu antara kami untuk ujian ini. kami tahu kau kuat, tapi ALLAH lebih mengetahui kau yang paling kuat hatinya untuk dianugerahkan dengan jalan cerita sedemikian.
sahabat, 
jangan pernah rase lemah, jangan pernah rase goyah, jangan pernah rase putus ase, kerana itu mampu membunuh jiwa yang sedang diuji. sahabat, pejam mata mu, bukak hatimu.. dengar bisikan iman dan takwamu. Allah sentiasa ada bersamamu dan bersama kita. pohon denganNYA, untuk secebis kekuatan. mengadu padaNYA untuk segenggam harapan, doa padaNYA agar 'SIDIA' yang dipanggil pulang ditempatkan bersama para solihin. InsyaAllah. amin..
sahabat...
redhakan hatimu dgn kepulangan SIDIA kepada yang MAHA HAK kerna, kita semua adalah hakNYA
setiap yang bernyawa itu tidak pernah kekal. dari mana kita datang, ke situ kita pulang.. pulang kepangkuan sang PENCIPTA YANG MAHA SATU.
                     Surely we belong to Allah and to Him shall we return (2:156)


semoga kau tabah dalam perjuangan mu wahai sahabat dan semoga roh insan yang kau sayangi dicucuri rahmat ILLAHI, amin.
 alfatihah buat Allayarham FUAD BIN AHMAD.


--doaku sbg seorang sahabat--

 

2 comments:

  1. Allah itu sentiasa dekat ngan kita..Dia akan perkenankan doa kita maka tunduk and sujudlah kepadaNya...[Al-Baqarah:186].. Al-Fatihah....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. sungguh, akhirat itu kehidupan yang nyata.. :)

      Delete

salam terima kasIh..

...TERiMA Kasih diHUlurkaN keRAna Sudi menJEngukkan Diri DiLAman SeSaWAng yang BersaWang INi...
Lots of Love..
~~ayein~~