ASSaLAmUAiKuMM.....

salam ukhuwah dihulur mendahului diriku...
ahlan wasahlan ya sahabat....
pelabuhan sauh tintaku di laman ini membawa seribu satu makna yang mendalam bagi hidup ku..
memberi sejuta satu erti dalam perjalananku menujuNya..
pencarian sebutir permata hitam di dasar laut keimanan akan ku teruskan,... walau ape pon yang akan aku tempuhi... akanku gigihkan jua demi cintaMu..... insyallah..

=.=

Tuesday, May 28, 2013

Sang Ilusi

Mendongak aku ke langit,
memasang angan-angan menggapai bintang,
mengatur strategi menongkah awan,
tuk menawan bintang nan terang.
Namun,
dek kerana asyik mendongak ke atas,
seringkali aku terlupa, 
terlupa untuk kembali memandang ke bawah,
jua terlupa bintang itu hanya mimpi,
ilusi dan fantasi yang direka.
Sedarilah wahai diri,
yang nyata itu adalah pepasir kasar
menyentuh kaki,
bukan anganan indah yang tinggi melangit.
Wahai diri, 
usah terpedaya.
Wahai diri,
sedarilah. 
'Kasar dan berbatu bata' itu 
ada nilai realitinya.

salam terima kasIh..

...TERiMA Kasih diHUlurkaN keRAna Sudi menJEngukkan Diri DiLAman SeSaWAng yang BersaWang INi...
Lots of Love..
~~ayein~~