Mendongak aku ke langit,
memasang angan-angan menggapai bintang,
mengatur strategi menongkah awan,
tuk menawan bintang nan terang.
Namun,
dek kerana asyik mendongak ke atas,
seringkali aku terlupa,
terlupa untuk kembali memandang ke bawah,
jua terlupa bintang itu hanya mimpi,
ilusi dan fantasi yang direka.
Sedarilah wahai diri,
yang nyata itu adalah pepasir kasar
menyentuh kaki,
bukan anganan indah yang tinggi melangit.
Wahai diri,
usah terpedaya.
Wahai diri,
sedarilah.
'Kasar dan berbatu bata' itu
ada nilai realitinya.